Pakej Perkahwinan Terbaik di Melaka, Malaysia

Pakej perkahwinan terbaik disediakan oleh Melaka Forest Resort. Abadikan hari terindah anda dengan suasana dan pakej ekslusif yang kami sediakan. Pakej lengkap disediakan untuk anda yang berminat.

Pakej Lengkap

Antara yang kami sediakan untuk anda yang berminat dengan Pakej Perkahwinan yang disediakan oleh Melaka Forest Resort.

Sajian Makanan

Pelbagai menu terbaik dan menarik akan kami sediakan buat anda. Sajian termasuk pelbagai nasi dan lauk masakan melayu yang pasti memberikan kepuasan kepada anda dan jemputan anda. 

Penginapan

Rumah Pengantin akan disediakan (2 Hari 1 Malam) buat Raja Sehari. Pilihan untuk Homestay, Chalet dan Asrama juga disediakan untuk ahli keluarga yang lain dengan bayaran tambahan jika perlu.

Dewan

Dewan sanding dan juga dewan makan akan disediakan untuk Raja Sehari dan juga jemputan anda untuk menjamu selera. PA system set, meja makan beradab dan juga meja makan buffet dan tetamu juga disediakan.

Kenapa Pilih Kami?

Fasiliti

Lokasi yang strategik dengan hanya 5 minit dari Tol Ayer Keroh, Melaka. Fasiliti termasuk Dewan Sanding, Dewan Makan dan kawasan parking yang luas dan mampu memuatkan lebih 100 kenderaan.

Sajian

Sebagai katerer yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan pelbagai program di agensi kerajaan dan swasta, pelbagai pilihan sajian disediakan untuk anda yang berminat.

Tiada Penipuan

Penipuan sering berlaku dalam urusan tempahan dan perjalanan majlis. Dengan kami, harga yang ditetapkan adalah lengkap dan tidak akan ada kos-kos tersembunyi yang pihak anda akan tanggung.

Penginapan

Penginapan khas juga akan disediakan untuk Raja Sehari. . Buat ahli keluarga yang lain, penginapan juga boleh disediakan dengan tambahan harga. Rumah dijamin bersih dan selesa buat anda.

Pengurusan

Pengurusan yang sistematik dari pihak kami akan menjamin majlis anda berjalan dengan baik dan lancar. Dengan pihak pengurusan dan staff yang berpengalaman, urusan anda mudah.

Pakej Lengkap

Pakej lengkap termasuk dewan sanding dan dewan makan, sajian, PA system dan hiburan, hiasan pelamin, makan beradab dan pelbagai lagi yang akan diberikan untuk anda yang berminat.

Hubungi Kami

Email: info@melakaforestresort.com
Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia